Rabu, 15 Januari 2014

Teguran: Mesti dilakukan & usah disalah ertikan

Sebagai seorang adik,saya sering rasa kurang selesa dan mengadu  ketika abang saya menegur setiap perbuatan yang saya lakukan. Selalu  terdetik di hati,

“asyik tegur aku,kau pun buat jugak”
“Bajet kau betul sangat la”
Dan macam-macam lagi

Sebagai seorang abang jugak, sering timbul keegoan setiap kali adik saya menegur setiap kesalahan dan kelemahan saya. Hati berkata,
“kau kecik lagi, tak cukup makan garam lagi”

Fenomena yang saya kira berlaku kepada kebanyakan manusia di setiap pelusuk dunia. Merasa tidak senang bila ditegur, lebih-lebih lagi daripada orang yang tidak “sekepala” dengan kita.
Sempena mauled nabi, saya sekali cuba untuk bawak semua kita menelusuri bagaimana sifat nabi ketika dalam keadaan seperti ini. Nabi yang diutuskan wahyu malah dosanya diampunkan sebelum, semasa, dan selepas turut ditegur dalam beberapa peristiwa

KISAH 1:
Jika kita kaji kisah kemenangan umat Islam pada perang Badar Al Kubra, antara asbab untuk umat Islam menang adalah kedudukan markas tentera yang sangat strategik. Namun, ini bukan cadangan dari Rasulullah asalnya. Seperti mana yang diriwayatkan oleh para ulama, asalnya Rasulullah meletakkan umat Islam di posisi yang lain di Badar. Tiba-tiba datang seorang sahabat menegur Ar-Rasul s.a.w  supaya menukar kedudukan umat Islam kepada tempat yang lebih menguntungkan umat Islam. Segera Nabi s.a.w mengarahkan semua umat Islam untuk terus berpindah ke kawasan yang berhampiran dengan telaga yang paling hujung. Hasilnya, di hujung peperangan, kemenangan menjadi milik orang Islam

KISAH 2:
Satu kisah yang cukup popular bagi semua Islam. Kisah Nabi s.a.w ditegur oleh Allah s.w.t ketika berdakwah kepada raja-raja sedangkan ketika itu Abdullah Ummu Makhtum seorang sahabat yang buta namun mempunyai keinginan yang cukup tinggi untuk memeluk Islam. Namun tidak diendahkan Nabi. Lantas terus turun ayat quran menegur perbuatan Nabi. Nabi menerima teguran tersebut lantas melayani Ummu Mahktum dan hasilnya beliau memeluk Islam.

Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad.

Indah sungguh peribadi Nabi, walaupun baginda seorang yang maksum bahkan seorang Nabi. Baginda tetap menerima teguran tidak kira dari sahabat-sahabat biasa atau yang turun dari Allah sendiri. Bukan sekadar menerima malah terus memperbaiki kesalahan tersebut.

Namun kita kini, begitu sukar untuk menegur apatah lagi menerima teguran.
Teringat saya kepada satu kata-kata:

“ Ambillah teguran dan nasihat daripada musuh kerana itu bagus dan baik untuk kita”

Mosye Dayan, seorang jeneral yahudi telah menggariskan beberapa kelemahan umat Islam
1     .       Tidak mengkaji sejarah
2     .       Malas
3     .       Perancangan tidak teliti

Musuh sudah menegur dan menggariskan beberapa kelemahan yang wajib diperbaiki, namun kita masih tidak mengendahkan malah terus leka dalam kelemahan dan kemunduran

Wahai ikhwah

Kita menegur bukan kerna kita benci tapi tanda sayang. Bukan kerna kita ingin bergaduh atau mencari-cari kesalahan tetapi mahukan sahabat seislam kita menjadi lebih baik dan hebat di masa akan datang. Wallahualam


*Kita bukan sekadar mengikut nabi pada cara pemakaian, urusan perkahwinan, jambang dan janggut tetapi setiap aspek dalam kehidupan Rasulullah s.a.w. Kerna bagindalah contoh terbaik untuk seluruh umat manusia.

Khamis, 9 Januari 2014

Ayuh kawan..berfikir sejenak


Ini dalil saya.

Ayuh sejenak menyelusuri dakwah nabi ketika berhadapan dengan kaum kuffar.

Jikalau kita baca dan kaji ketika nabi mula berdakwah kepada masyarakat quraish secara terang terangan di atas bukit safa. Antara seruan nabi
“Aku mengingatkan kamu semua tentang azab yang pedih”

Satu penegasan dari nabi bahawa,ancaman yang bakal diterima jika mereka tidak beriman.Menimbulkan rasa gentar agar umat tidak terus tertipu dan diperbodohkan dengan fahaman jahiliyyah nenek moyang mereka.
Itu yang dimaksudkan dengan hikmah.Kita meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Teringat satu kisah, ketika keluarga ammar bin yasir di seksa.Nabi dan Ali r.a hanya mampu lalu dan mendoakan untuk mereka. Bukan tidak mahu membantu,namun kemampuan umat islam ketika itu tidak memungkinkan mereka untuk menghalang kezaliman tersebut.Itu hikmah.

Namun kini,kita digemburkan dengan pelbagai isu dan kontroversi.Isu kalimah Allah,liberal,sekular dan LGBT,syiah dan sebagainya. Apa tindakan yang telah kita lakukan? Adakah kita sudah cukup bertegas atau sekadar bermain dengan istilah,emosi dan ketaksuban.

Kita semua mengakui fakta bahawa islam adalah agama yang terbesar di dunia.Kita juga mengakui hanya Islam agama yang diterima oleh Allah.Sebagai seorang yang beriman, kita mesti yakin ajaran Islam yang perlu kita ikuti dan amalkan adalah sebagaimana yang ditunjukkan oleh Ar-rasul s.a.w dan para sahabat.Bukan islam yang dicedok dan bukan yang ditafsir mengikut hawa nafsu sendiri.

Maka kita tahu kekuatan kita sebagai umat islam masa kini. Kita bukan dibawah dan kita tidak rela agama kita dipijak-pijak oleh kaum kuffar yang hina. Pendirian untuk berlemah lembut dan bertolak ansur dengan penghinaan ini bukanlah satu tindakan yang tepat. Malah ini bakal menimbulkan persepsi bahawa umat islam lemah dan tidak ada jati diri yang kukuh serta mudah dipermainkan.

Jadi fahamilah wahai pejuang sekalian.
Ketegasan bukan bermaksud kita ganas.Bukan bermaksud kita ingin bergaduh.Tetapi kita lakukan sedemikian demi mempertahankan prinsip Islam yang mulia dan demi mempertahankan agama Islam sebagai satu-satunya agama yang diterima oleh Allah dan agama yang paling mulia di muka bumi ini.

Ingat wahai sahabat.
Nabi telah berjuang sehingga darah memenuhi kasutnya.Khalid al-walid berperang sehingga badannya dipenuhi parut-parut tusukan pedang menentang golongan kuffar dan murtad.Uthman dibunuh dan ramai lagi.Mereka semua berjuang dan mempertaruhkan nyawa demi islam.

Jangan jadikan diri kita sebagai punca jatuhnya islam.jika mereka melihat lemahnya umat masa kini,pasti mereka sedih dan kecewa dengan kita. Wallahualam.

Isnin, 25 November 2013

Aku Dan Mesir [versi tulisan]

Bismillah..
ini tulisan pertama setelah hampir 2 minggu di bumi mesir..dan tulisan yang kembali menaip setelah lama berhenti..susah untuk terus istiqamah dan rajin untuk tulis di laman ini..namun berdoa semoga diberi kekuatan.

sejak saya tiba,ramai yg bertanya bagaimana keadaan bumi mesir,bagaimana hidup saya disini...jadi saya "tribute"kan disini untuk semua..

pandangan pertama saya pada bumi mesir seperti mana telah diceritakan dan dihebahkan oleh ramai orang..negara yang tiada sistem,negara yang agak mundur dari banyak faktor,trkenal dengan debu-debu dan sedikit kekotoran di mana,kekasaran arab dan pelbagai lagi...
dan itu semua sememangnya berlaku di hadapan mata saya sejak saya tiba..
bila mendengar perkara ini,pasti ramai tertanya.."nape nak ke mesir lagi??"."kenapa mesir,x negara lain??"
kadang bagi yang sudah menuntut di sini juga,pasti ade yang menanyakan soalan sebegini walaupun ia jarang-jarang berlaku..

tapi apa yg menggembirakan hati saya adalah beberapa perkara..

di dalam kelas:
guru saya menceritakan panjang lebar tentang kisah salahuddin al-ayubi..dan disambung dengan beberapa tokoh trkenal lain..kemudian dia bertanya kepada pelajar-pelajar Malaysia "adakah antum mengenali mereka semua??"
ramai yang sekadar senyum dan menggelengkan kepala tanda tidak tahu..
dia sekadar senyum kembali..

di tepi jalan:
kawan saya bercerita bagaimana seorang pak cik mensyarahkan tentang mazhab hanafi dengan panjang lebar..sambil brtukar-tukar padangan dan pendapat

di rumah:
seorang senior berkata:
selalu kat malaysia,kalo kita bersin dalam bas,orang anggap benda biasa dan macam x de pape berlaku..tp tadi dalam bas,ana bersin..seorang budak sambut dengan ucapan "yarhakumullah"...
dia sambung lagi..kan ade hadith hak muslim atas muslim yang lain,antaranya bila dia bersin kita sambut dengan ucapan tersebut"

saya tersenyum kembali..ada yang indah disebalik kemunduran..
semua ini bukan sekadar ilmu di kuliah tapi banyak juga diperoleh dirumah..
remaja dan kanak-kanak mesir didedahkan dengan kisah-kisah tokoh islam,tarikh-tarikh penting..kelebihan melakukan sesuatu amal sejak mereka kecik lagi..

teringat saya satu kata-kata seorang motivator:
"bagi ibu bapa yang sibuk..antara waktu yang paling bagus untuk luangkan masa bersama anak-anak adalah sebelum tidur..waktu tu kita biar anak-anak kongsi pe yang mereka nk kongsi..kita juga boleh selitkan kisah-kisah pengajaran seperti kisah nabi or sahabat dll..(*ade kaitan dgn minda separuh sedar dll..)"

kemudian saya titikkan di hati..dan berdoa
"semoga Allah beri kekuatan kepada saya seberadanya saya di bumi mesir ini..dan semoga saya mendapat seberapa banyak manfaat yang mampu saya peroleh"

wallahualam


Ahad, 4 November 2012

Isu hukum hudud dan kefahaman

Alhamdulillah..dipertemukan kembali setelah lama menyepi..
maka saya berasa sungguh bersyukur atas segala nikmat yang tuhan beri...
                  
                                                                      *******

jika dilihat pada hari ini..pelbagai isu hangat sibuk diperkatakan setiap hari,tidak kira dimana sahaja kita berada..
di Malaysia tidak terlepas dari fenomena ini..mana tidaknya,bahang PRU13 semakin dirasai..
namun,isu yang sering menjadi bualan,perbalahn,malah perdebatan ramai pihak adalah isu hudud itu sendiri..
saya tidak ingin mengupas atau menghurai hukum hudud itu..
namun ingin sekali saya ceritakan apa yg isu ini dapat buktikan (mengikut pandangan saya)

Beberapa perkara yang Isu ini dapat buktikan adalah:

1.sekularisme dan pluralisme adalah ideologi yg telah dibawa oleh barat ke serata dunia..antara matlamat utama,sudah tentu untuk menghilangkan cahaya islam di dunia..mereka mula merosakkan pemikiran anak2 muda dari setiap sudut..menggunakan media massa,bahan cetak,buku,permainan dan lain2..
dan tanpa disedari,apa yang mereka cuba bawa..semuanya bertentangan dengan sunnah nabi..lebih teruk lagi anak-anak menerima ideologi tersebut dan menggunakan pakaikannya..maka jadilah islam sekadar di kad pengenalan..
tidak terlepas jua dgn isu hudud..pelbagai pihak yang membawa ideologi ini menentang habis-habisan kerana mereka tidak suka cahaya islam tertegak di bumi ini

2."tidak boleh tidak..kita wajib bermula dari bawah" (thaqib arsalan)
   -disini bagaiman teori yang dibawa oleh hasan al-banna telah terbukti dan cukup realistik untuk kembalikan kegemilangan ummah..tanpa peribadi yang betul suci dan kuat..agama islam akan terus goyah dan mudah tertewas dengan apa yang dibawa oleh barat

3.nafsu dan perasaan bukanlah neraca terbaik untuk dijadikan kayu ukur dlm penilaian..
 -situasi ini byk berlaku,di mana ada pihak yang tetap ingin mempertahankan pandangan masing-masing walaupun salah..dek kerana ego dan taksub,maka pelbagai hukum dikeluarkan mengikut nafsu dan perasaan..


maka disini penting untuk semua umat islam berusaha untuk mencari fikrah islam yang tulen,suci dan sahih..kefahaman yang dibentuk berdasarkan dalil dari al-quran dan sunnah
ingatlah fiirman Allah:
"sesungguhnya agama(yang benar dan diredhai) disisi Allah ialah ISLAM'
~surah ali Imran:19

dan bukanlah kita mengikut islam yg direka mengikut kemahuan nafsu manusia yang hina..
tp islam yang disampaikan oleh Ar-rasul s.a.w kepada para sahabat dan umatnya
Dan ingatlah KEFAHAMAN YANG SAHIH dan TUJUAN YANG BAIK merupakan sebesar-besar nikmat kurniaan dari Allah..kedua-duanya adalah asas terdirinya Islam..
semoga Islam akan terus tertegak dan kembali menjadi Pemimpin di muka bumi ini


Sabtu, 30 Jun 2012

Ego Realistik dan UNrealistik

Tersentap hati apabila melihat orang yang tidak sedar kesalahan sendiri malah dia marah kepada org lain atas kesalahan yang mereka lakukan sendiri..

teringat saya di sekolah menengah dulu,seorang penceramah hadir dan memberikan ceramah bertajuk ego..dia mengatakan
"ego itu bagus,ego menjadi garis penghalang untuk seseorang melakukan kejahatan"
maka disini saya simpulkan,ego terhadap kejahatan itu memang sangat bagus dan sangat dituntut oleh islam..
dan perlu ada rasa dalam diri seorang muslim untuk rasa mulia dalam pertahankan kebenaran

namun,ada satu lagi jenis ego yang unrealistik..
iaitu merasa diri lebih pada lain..
ya,saya melihat realiti ini di depan mata setiap hari..
ada yang merasa diri sudah cukup hebat dan sukar untuk menerima sesuatu daripada orang lain..
perkara ini boleh dilihat daripada pelbagai aspek..
mgkn dari sudut sombongnya kita untuk menerima pandangan orang lain walaupun pandangan kita tidak seberapa.
sombongnya kita untuk terima teguran orang lain walaupun itu memang kesalahan kita,
mungkin juga dari sudut sombongnya kita untuk melakukan sesuatu walaupun itu memang kerja..

jadi ayuh muhasabah..Allah telah berfirman:
"dan jangalah memalingkan wajah kamu daripada manusia(kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi Allah dengan angkuh.Sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga diri"

maka penting ikhwah sekalian membuang sifat ego yang unrealistik ini..
semoga Allah memberkati kita

Isnin, 4 Jun 2012

Hidup dlm zon selesa

Pernah sekali saya berbual dgn rakan seperjuangan setelah berpenat lelah berjuang menelaah pelajaran.. Tiba-tiba keluar satu kenyataan yang saya rasa tidak boleh dinafikan kebenarannya..
 "ujian kesenangan lebih susah daripada ujian kesusahan"...
Pendapat ini mungkin keluar melalui pengalaman hidup sendiri tetapi bila dikaji..ada kebenarannya...

Sebelum melangkah lebih jauh..suka untuk saya membawa beberapa kisah... Satu kisah yg cukup popular bagaimana seorang abid yang meminta nabi pada zamannya untuk mendoakan agar diberi kekayaan kepadanya..namun pada awalnya nabi menolak..
 Kemudian abid tersebut meminta lagi dgn gaya yang bersungguh-sungguh,maka nabi terpaksa akur.. Hendak dijadikan cerita..abid ini yang pada mulanya seorang yang rajin beribadat dan rajin pergi ke masjid..akhirnya wajahnya sudah tidak kelihatan di masjid kerana beliau sibuk dengan urusan menguruskan hartanya..

Banyak lg kisah-kisah yang boleh kita jadikan iktibar.. Orang pandai yang bangga dengan kebijaksanaannya..orang kaya leka dengan harta.. Orang yang berpengaruh dan berkuasa salah guna kuasa dan zalim pada orang lain dan pelbagai lagi..

Kesan hidup di zon ini...mgkn nampak seronok dan selesa..
Namun ia memberi yang kesan buruk pada banyak aspek..
Antaranya ialah merasa cukup pada amal menyebabkan usaha mncapai sesuatu tidak sehingga tahap sehabis baik atau bak kata pepatah bagai melpaskan batuk di tangga..
Selain itu wujud perasaan malas dan lebih suka untuk berehat2..
Dan tidak dinafikan..keselesaan menyebabkan ramai manusia tersimpang dari jalan & tujuan asal penciptaan kira di dunia..

Bagi saya..sesiapa yang berjaya melepasi ujian kesenangan ini,mereka mampu menghasilkan peribadi yang berkualiti tinggi dan tahan dengan pelbagai godaan..

Namun ujian tetap ujian.cabaran hidup harus diteruskan..andai kita berjaya,ganjaran syurga Allah sediakan..

Khamis, 19 April 2012

Ditengah kesempitan..Di mana kita??

Hari ini,saya ingin mengajak semua untuk memikirkan sejenak bagaimana realiti di negara kita sekarang..Saya juga mengajak untuk kita brfikiran jauh dan mengambil apa positif dari tulisan kali ini..

Seperti yang sudah kita maklum,tanah air ini pada awalnya hanya diduduki keseluruhannya oleh bangsa melayu yang hampir kesemuanya beragama Islam.Namun perancangan British yang telah membawa lambakan imigran luar dari Cina dan India menjadikan negara ini didiamu oleh 3 bangsa yang utama..Namun begitu,orang melayu yang merupakan tuan pemilik tanah merupakan bangsa yang paling "baik"(boleh dikatakan begitu) kerana mereka meraikan kedatangan bangsa Cina dan India.Pelbagai hak dan kemudahan diberikan kepada 2 bangsa tersebut sehinggakan hak-hak orang melayu itu sendiri diserahkan..sehingga tahap mereka sendiri berada dalam keadaan tersepit dan kekurangan

melihat kepada realiti masa kini,hak orang melayu yang beragama Islam semakin hilang dikikis sedikit demi sedikit setiap hari.Lebih mengecewakan,bangsa-bangsa yang dahulunya imigran di negara ini,semakin menguasai bumi melayu ini..Contoh jelas yang boleh kita lihat pada hari ini,bagaimana 2 orang terkaya di negara ini diduduki oleh 2 bangsa tersebut..Malah pada hari ini,Cina mula menguasai ekonomi negara ini..membeli tanah-tanah yang baru di buka,menjual barangan dengan harga yang mahal dan pelbagai lagi.Manakala India pula mula menambah baik sistem pendidikan mereka dan menjadikan mereka lebih di intelek dan maju..jikalau dulu kurangnya India yang mampu bercakap bahasa Inggeris namun kini,bahasa inggeris sudah menjadi seperti bahasa kedua mereka..


Namun begitu,kita mula mencari dan tersedar..di manakah sebenarnya kedudukan orang melayu di tanah Malaysia milik mereka ini?? kita sentiasa digembar-gemburkan tentang masalah bangsa melayu sehinggakan orang melayu sendiri berpecah belah dan hidup dalam keadaan tiada agenda..Malah bangsa melayu sendiri lebih meraikan pendapay kuffar berbanding berdiri untuk mempertahankan dan menyelamatkan bangsa mereka sendiri..Yang lebih buruk lagi,mereka sendiri lari dan memburuk-burukkan bangsa melayu itu sendiri..aktiviti menunding jari di kalangan umat ini mula terzahir..tanpa kita sedari..di sebalik kekalutan ini,pihak kuffar terus mencucuk jarum dan bergerak menjayakan agenda mereka

Jadi mari kita renung bersama,bagaimana keadaan umat islam jika pihak kuffar dari kalangan Cina dan India terus berkuasa??Adakah mereka akan melindungi umat islam seperti mana Saidina Umar memberi kebebasan beragama kepada Yahudi & Kristian di Madinah..???
sudah pasti TIDAK..

Kini masa untuk kita duduk dan berfikir bersama..bagaimana agama Islam yang majoritinya datang dari bangsa Melayu sendiri rosak..??Adakah ada agamawan lain yang akan datang membela??
mungkin ada yang mengatakan mualaf dari golongan Cina dan India ada..
namun secara logiknya ..adakah dengan golongan minoriti yang terlalu sedikit mampu mengalahkan kuffar yang lebih licik,cerdik dan ramai??

tidak boleh tidak..semua umat Islam wajib memulakan langkah membela umat Islam dengan menyedarkan golongan majoriti umat Islam Di MALAYSIA sambil meraikan keinginan para mualaf yang berminat dengan Islam..

JAdi langkah harus dimulakan dan fikiran harus digerakkan..semoga kita menjadi antara batu-batu yang mengangkat agama Islam kembali