Rabu, 12 September 2007

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

setahun penantian,akhirnya tiba juga bulan yang paling ditunggu-tunggukan oleh semua umat islam di seluruh dunia..apakah target kita pada ramadhan kali ini??adakah ingin menjadikan ramadhan kali adalah yang terbaik selama kita hidup di dunia ini atau sekadar sama seperti tahun tahun yang sudah pun berlalu...Allah telah janjikan pelbagai kelebihan di bulan ramadhan ini khususnya untuk umat nabi Muhammad..pahala digandakan,bau mulut lebih wangi dari haruman kasturi,memasuki syurga melalui pintu arrayyan,malam lailatulqadar( malam ini,lebih baik daripada seribu bulan) dan banyak lagi kelebihan lain..
jadi,segalanya terletak pada diri kita sendiri
kita menentukan bagaimana ramadhan kita kali ini
tinggalkan perkara tidak berfaedah
tingkatkan iman,banyakkan amalan
semoga ramadhan kali ini adalah yang terbaik dan diterima oleh Tuhan Yang Maha Penyayang

Tiada ulasan: