Sabtu, 2010 Januari 09

Islam kita

hangat..panas..
topik perbincangan mengenai pengunaan kalimah Allah oleh surat khabar kristian..kecoh dimana-mana islam berdiri mempertahankan hak dan kebenaran..
kebiadapan kaum kuffar menyebabkan umat islam bangkit dan membalas serangan mereka..

namun selama mana semangat ini akan berkekalan..
bukan cuba untuk merendah2kan atau berniat tidak baik tetapi..kita berfikir sejenak
apa punca beraninya kaum kuffar membuat penghinaan seperti ini..??

kita meninjau sejenak keadaan di malaysia..
masalah para pemuda..berhibur sana sini,buang masa,pergaulan bebas
wanita yang semakin rosak sedangkan Rasulullah bersabda:
"jika rosak kaum wanitanya maka rosaklah masyarakat itu"
anak muda yang kurang mendapat pendidikan agama..lebih teruk lagi ada yang tidak pandai langsung mengucap kalimah agung..ucapan syahadatain

Islam yang dahulunya disegani,digeruni dan dihormati
tetapi jatuh dihina dan dipijak seperti haiwan yang tidak berguna..
disebabkan siapa??
kita renungkan kembali..
jadi kita harus sedari yang umat Islam amat memerlukan orang2 dan jiwa2 yang mampu menyedarkan mereka dari belayan kemewahan dan tipu daya kuffar..
seterusnya memimpin umat Islam untuk kembali capai kegemilangan..

semoga kita dapat renung2kan kembali bagaimana Islam kita..
adakah sudah tercapai seperti mana Allah perintahkan di dalam Al-quran:
"masuklah kedalam Islam secara keseluruhan"

untuk para du'at...teruskan "bekerja" walaupun kita ditekan dan diuji
kita doakan sama2 kita terus thabat diatas jalan ini

Ahad, 2009 Disember 20

Begin with the END in your mind

ucapan salam sejahtera penulis ucapkan kepada semua pemuda..
sekali lagi penulis memohon maaf kerana terlalu lama menangguh penulisan di laman web ini..
dan terima kasih penulis ucapkan kerana masih ada yang setia membaca..semoga kita semua mendapat maanfaat dari penulisan kali ini..

teringat penulis ketika berbual-bual bersama teman seperjuangan..tiba-tiba seorang sahabat menyebut tentang ayat ini..menarik perhatian si penulis..
ayat ini ingin mengingatkan kita tentang matlamat/tujuan kita melakukan sesuatu pekerjaan..
tidak kira ketika berborak,berjalan,makan dan minum serta dalam berkerja..
perlu ada matlamat yang jelas
daripada skop kita sebagai seorang muslim..
apa matlamat kita hidup??apa yang kita capai dalam hidup kita..
pejamkan mata sebentar,kita berfikir sebentar..berfikir dengan pemikiran seorng muslim sejati..
tujuan utama kita hidup tentu sekali kerana Allah..
namun jika kita kata..ingin melihat wajah Allah..
namun apa jalan yang telah kita pilih??
kebaikan?? atau yang sebaliknya??
tentu sekali..mengikut fitrah seorang manusia..suka kan memilih jalan kebaikan..namun.
jalan ini sudah tentu menjanjikan dugaan,ujian & kesusahan..
dan mujahadah dan peperangan untuk melawan segalanya terutama sekali hawa nafsu amat diperlukan untuk kita berjaya diatas dijalan yang lurus ini...

jadi kepada sahabat2,teman2,rakan2 dan kepda para du'at..
letakkkan matlamat yang jelas dalam setiap pekerjaan kita..semoga tercapai apa yang kita inginkan dan semoga mendapat ganjaran ilahi...insyaallah

Jumaat, 2009 November 27

Salam eidiladha

sudah lama penulis menyepi..terketar tangan seakan tidak biasa menulis di laman ini..namun ucapan syukur setiap masa kita ucapkan pada Allah kerana..tanpa nikmat dan rahmat dari-Nya semua makhluk tidak dapat menghirup udara di dunia ini..

Alhamdulillah..syukur tahun ini,Allah tetap mengurniakan kita kesempatan untuk merasa perayaan Aidiladha pada tahun ini..Hari raya kedua tahun ini..
syukur pada tuhan..tahun ini sekali lagi penulis berjaya melibatkan diri dalam ibadah korban..
sambil memegang lembu..teringat bagaimana pengorbanan junjungan mulia Ibrahim a.s & Ismail a.s dalam mentaati perintah Allah..anak beranak yang sekian lama tidak berjumpa..namun pertemuaan mereka diuji...begitu besar pengorbanan dan begitu kuat ketaatan mereka pada Tuhan Yang Maha Esa..

apa pengorbanan kita??apa usaha kita..??

Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar..walillahilamd..

Jumaat, 2009 September 25

Salam Hari raya Aidilfitri maaf zahir batin

alhamdulillah..selesai sudah kita menentang & membentuk nafsu kita habis-habisan di bulan Ramadhan..
kini tiba hari kemenangan..hari kita kembali kepada fitrah..
kita bermaaf-maafan..ziarah-menziarah dan saling mengeratkan ukhuwah sesama muslim..
namun jangan kita lupa..
musuh NO1 manusia..SYAITAN.
sudah kembali ke sunia..
sama-sama kita berdoa,supaya kita tidak terleka dengan dunia serta perhiasannya di bulan Syawal kali ini..

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.
dari penulis dan keluarga

Sabtu, 2009 Ogos 22

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Al-mubarak

Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Yang Maha Menghidupkan kerana masih memberi peluang kita merasa kenikmatan bulan Ramadhan pada tahun ini..
Ramadhan 1430..
setiap ramadhan membuat kita berfikir..
mampukah..mampukah kita menjadi Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik??
duduk termenenug melihat keadaan sekeliling..
alhamdulillah..surau semakin ramai yang berkunjung..ramai yang berlumba-lumba membuat amal kebaikan..
namun kita kena jelas matlamat Ramadhan kita pada kali ini..
apa yang kita ingin capai..
Rasulullah bersabda:
"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan
dengan penuh KEIMANAN dan MENHARAP GANJARAN ALLAH,
maka diampun dosanya yang terdahulu"

Sabda Rasulullah lagi:
"sepuluh awal adalah RAHMAT,sepuluh pertengahan pula PENGAMPUNAN,
dan Sepuluh terakhir ialah PELEPASAN DARI API NERAKA"

kita semua mengharapkan ganjaran dan rahmat Allah..
Semoga dibulan yang mana Allah mengandakan pahala bagi setiap amalan yang dilaksakan..
Allah sediakan satu malam yang lebih baik daripada sebulan bulan...
kita perbanyakkan amalan supaya kita dapat menjadikan bulan Ramadhan kali ini adalah yang terbaik..

salam Ramadhan untuk semua..!!

Jumaat, 2009 Ogos 21

apakah Ramadhan kali ini milik kita.

Ramadhan kali ini kita membuat kita berfikir..
apakah kita bertemu dengan madrasah Ramadhan tahun ini..??
1 sya'ban,2 sya'ban,3,syaban..
Alhamdulillah kita masih dikurniakan usia
namun tanpa kita sedari,saudara-saudara kita di palestin ada yang tidak diberi kesempatan menyambut Ramadhan Al-karim

12,13,14,15,16 sya'ban terus berlalu
nifsu sya'ban telah berlalu
ramadhan hampir tiba..
namun..
kita telah dikejutkan denagn pemergian Ustaz Asri Ibrahim..
hanya beberapa sebelum Ramahan..ramadhan bukan milik beliau..

namun yakinkah Ramadhan pasti menjadi milik kita??
kita semua amat merindui Ramadhan..sentiasa merenung..apakah Ramadhan kali ini bakal menjadi milik kita..??



Rabu, 2009 Ogos 05

Cuti..penyakit..muhasabah

Alhamdulillah tuhan masih membenarkan ana menulis post baru untuk blog ni..
semakin hari,pelbagai isu hangat timbul..
penyakit tersebar..tutup sekolah dan lain-lain lagi..
namun teringat kata sahabat,murabbi-murabbi..
mengingatkan ana untuk kembali bermuhasabah terhadap apa yang sudah berlaku..
apa punca punya penyakit ini tersebar..??
apa punca sekolah ditutup??
adakah ini bala/azab dari Allah??

Saidina Umar Al-khattab berkata:
"sesuatu umat itu akan akan mendapat azab Allah jika orng yang melakukan kemungkaran lebih ramai dari yang melakukan kebaikan"

kata-kata yang mengingatkan kita untuk sentiasa melakukan AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR..
mungkin kita sudah menghampiri gerbang bulan Ramadhan dan kita semua mahu bersedia untuknya
cuba menaikkan gear sebanyak mana yang boleh sebelum tibanya bulan mulia ini..
namun tidak cukup hanya kita beramal untuk diri sendiri sedang umat dalam kefasadan..
teringat ana kisah Fudhail ibn Iyadh dan sahabatnya mubarak:
kisah dimana ketika itu zaman itu adalah waktu genting dimana ketika itu kebanyakan umat islam berperang untuk menegakkan kalimah Allah termasuklah Fudhail ibn Iyadh..namun sahabat hanya beribadat seorang dirumah..kemudian menghantar surat kepada mubarak yang maksudnya lebih kurang begini..
wahai sahabatku
kami disini menjual darah kami untuk Islam
namun kamu selesa diatas sejadah kamu
kamu seperti orang baik yang bermain-main
bermain dgn air mata kamu
tetapi kami disini penat beperang

jadi..terus bermuhasabah dan perbaiki
semoga hari ini lebih baik dari semalam..dan esok lebih baik dari harini..