Tersentap hati apabila melihat orang yang tidak sedar kesalahan sendiri malah dia marah kepada org lain atas kesalahan yang mereka lakukan sendiri..
teringat saya di sekolah menengah dulu,seorang penceramah hadir dan memberikan ceramah bertajuk ego..dia mengatakan
"ego itu bagus,ego menjadi garis penghalang untuk seseorang melakukan kejahatan"
maka disini saya simpulkan,ego terhadap kejahatan itu memang sangat bagus dan sangat dituntut oleh islam..
dan perlu ada rasa dalam diri seorang muslim untuk rasa mulia dalam pertahankan kebenaran
namun,ada satu lagi jenis ego yang unrealistik..
iaitu merasa diri lebih pada lain..
ya,saya melihat realiti ini di depan mata setiap hari..
ada yang merasa diri sudah cukup hebat dan sukar untuk menerima sesuatu daripada orang lain..
perkara ini boleh dilihat daripada pelbagai aspek..
mgkn dari sudut sombongnya kita untuk menerima pandangan orang lain walaupun pandangan kita tidak seberapa.
sombongnya kita untuk terima teguran orang lain walaupun itu memang kesalahan kita,
mungkin juga dari sudut sombongnya kita untuk melakukan sesuatu walaupun itu memang kerja..
jadi ayuh muhasabah..Allah telah berfirman:
"dan jangalah memalingkan wajah kamu daripada manusia(kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi Allah dengan angkuh.Sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga diri"
maka penting ikhwah sekalian membuang sifat ego yang unrealistik ini..
semoga Allah memberkati kita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan