Ahad, 4 November 2012

Isu hukum hudud dan kefahaman

Alhamdulillah..dipertemukan kembali setelah lama menyepi..
maka saya berasa sungguh bersyukur atas segala nikmat yang tuhan beri...
                  
                                                                      *******

jika dilihat pada hari ini..pelbagai isu hangat sibuk diperkatakan setiap hari,tidak kira dimana sahaja kita berada..
di Malaysia tidak terlepas dari fenomena ini..mana tidaknya,bahang PRU13 semakin dirasai..
namun,isu yang sering menjadi bualan,perbalahn,malah perdebatan ramai pihak adalah isu hudud itu sendiri..
saya tidak ingin mengupas atau menghurai hukum hudud itu..
namun ingin sekali saya ceritakan apa yg isu ini dapat buktikan (mengikut pandangan saya)

Beberapa perkara yang Isu ini dapat buktikan adalah:

1.sekularisme dan pluralisme adalah ideologi yg telah dibawa oleh barat ke serata dunia..antara matlamat utama,sudah tentu untuk menghilangkan cahaya islam di dunia..mereka mula merosakkan pemikiran anak2 muda dari setiap sudut..menggunakan media massa,bahan cetak,buku,permainan dan lain2..
dan tanpa disedari,apa yang mereka cuba bawa..semuanya bertentangan dengan sunnah nabi..lebih teruk lagi anak-anak menerima ideologi tersebut dan menggunakan pakaikannya..maka jadilah islam sekadar di kad pengenalan..
tidak terlepas jua dgn isu hudud..pelbagai pihak yang membawa ideologi ini menentang habis-habisan kerana mereka tidak suka cahaya islam tertegak di bumi ini

2."tidak boleh tidak..kita wajib bermula dari bawah" (thaqib arsalan)
   -disini bagaiman teori yang dibawa oleh hasan al-banna telah terbukti dan cukup realistik untuk kembalikan kegemilangan ummah..tanpa peribadi yang betul suci dan kuat..agama islam akan terus goyah dan mudah tertewas dengan apa yang dibawa oleh barat

3.nafsu dan perasaan bukanlah neraca terbaik untuk dijadikan kayu ukur dlm penilaian..
 -situasi ini byk berlaku,di mana ada pihak yang tetap ingin mempertahankan pandangan masing-masing walaupun salah..dek kerana ego dan taksub,maka pelbagai hukum dikeluarkan mengikut nafsu dan perasaan..


maka disini penting untuk semua umat islam berusaha untuk mencari fikrah islam yang tulen,suci dan sahih..kefahaman yang dibentuk berdasarkan dalil dari al-quran dan sunnah
ingatlah fiirman Allah:
"sesungguhnya agama(yang benar dan diredhai) disisi Allah ialah ISLAM'
~surah ali Imran:19

dan bukanlah kita mengikut islam yg direka mengikut kemahuan nafsu manusia yang hina..
tp islam yang disampaikan oleh Ar-rasul s.a.w kepada para sahabat dan umatnya
Dan ingatlah KEFAHAMAN YANG SAHIH dan TUJUAN YANG BAIK merupakan sebesar-besar nikmat kurniaan dari Allah..kedua-duanya adalah asas terdirinya Islam..
semoga Islam akan terus tertegak dan kembali menjadi Pemimpin di muka bumi ini


Tiada ulasan: