"ujian kesenangan lebih susah daripada ujian kesusahan"...
Pendapat ini mungkin keluar melalui pengalaman hidup sendiri tetapi bila dikaji..ada kebenarannya...
Sebelum melangkah lebih jauh..suka untuk saya membawa beberapa kisah... Satu kisah yg cukup popular bagaimana seorang abid yang meminta nabi pada zamannya untuk mendoakan agar diberi kekayaan kepadanya..namun pada awalnya nabi menolak..
Kemudian abid tersebut meminta lagi dgn gaya yang bersungguh-sungguh,maka nabi terpaksa akur.. Hendak dijadikan cerita..abid ini yang pada mulanya seorang yang rajin beribadat dan rajin pergi ke masjid..akhirnya wajahnya sudah tidak kelihatan di masjid kerana beliau sibuk dengan urusan menguruskan hartanya..
Banyak lg kisah-kisah yang boleh kita jadikan iktibar.. Orang pandai yang bangga dengan kebijaksanaannya..orang kaya leka dengan harta.. Orang yang berpengaruh dan berkuasa salah guna kuasa dan zalim pada orang lain dan pelbagai lagi..
Kesan hidup di zon ini...mgkn nampak seronok dan selesa..
Namun ia memberi yang kesan buruk pada banyak aspek..
Antaranya ialah merasa cukup pada amal menyebabkan usaha mncapai sesuatu tidak sehingga tahap sehabis baik atau bak kata pepatah bagai melpaskan batuk di tangga..
Selain itu wujud perasaan malas dan lebih suka untuk berehat2..
Dan tidak dinafikan..keselesaan menyebabkan ramai manusia tersimpang dari jalan & tujuan asal penciptaan kira di dunia..
Bagi saya..sesiapa yang berjaya melepasi ujian kesenangan ini,mereka mampu menghasilkan peribadi yang berkualiti tinggi dan tahan dengan pelbagai godaan..
Namun ujian tetap ujian.cabaran hidup harus diteruskan..andai kita berjaya,ganjaran syurga Allah sediakan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan