Rabu, 15 Januari 2014

Teguran: Mesti dilakukan & usah disalah ertikan

Sebagai seorang adik,saya sering rasa kurang selesa dan mengadu  ketika abang saya menegur setiap perbuatan yang saya lakukan. Selalu  terdetik di hati,

“asyik tegur aku,kau pun buat jugak”
“Bajet kau betul sangat la”
Dan macam-macam lagi

Sebagai seorang abang jugak, sering timbul keegoan setiap kali adik saya menegur setiap kesalahan dan kelemahan saya. Hati berkata,
“kau kecik lagi, tak cukup makan garam lagi”

Fenomena yang saya kira berlaku kepada kebanyakan manusia di setiap pelusuk dunia. Merasa tidak senang bila ditegur, lebih-lebih lagi daripada orang yang tidak “sekepala” dengan kita.
Sempena mauled nabi, saya sekali cuba untuk bawak semua kita menelusuri bagaimana sifat nabi ketika dalam keadaan seperti ini. Nabi yang diutuskan wahyu malah dosanya diampunkan sebelum, semasa, dan selepas turut ditegur dalam beberapa peristiwa

KISAH 1:
Jika kita kaji kisah kemenangan umat Islam pada perang Badar Al Kubra, antara asbab untuk umat Islam menang adalah kedudukan markas tentera yang sangat strategik. Namun, ini bukan cadangan dari Rasulullah asalnya. Seperti mana yang diriwayatkan oleh para ulama, asalnya Rasulullah meletakkan umat Islam di posisi yang lain di Badar. Tiba-tiba datang seorang sahabat menegur Ar-Rasul s.a.w  supaya menukar kedudukan umat Islam kepada tempat yang lebih menguntungkan umat Islam. Segera Nabi s.a.w mengarahkan semua umat Islam untuk terus berpindah ke kawasan yang berhampiran dengan telaga yang paling hujung. Hasilnya, di hujung peperangan, kemenangan menjadi milik orang Islam

KISAH 2:
Satu kisah yang cukup popular bagi semua Islam. Kisah Nabi s.a.w ditegur oleh Allah s.w.t ketika berdakwah kepada raja-raja sedangkan ketika itu Abdullah Ummu Makhtum seorang sahabat yang buta namun mempunyai keinginan yang cukup tinggi untuk memeluk Islam. Namun tidak diendahkan Nabi. Lantas terus turun ayat quran menegur perbuatan Nabi. Nabi menerima teguran tersebut lantas melayani Ummu Mahktum dan hasilnya beliau memeluk Islam.

Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad.

Indah sungguh peribadi Nabi, walaupun baginda seorang yang maksum bahkan seorang Nabi. Baginda tetap menerima teguran tidak kira dari sahabat-sahabat biasa atau yang turun dari Allah sendiri. Bukan sekadar menerima malah terus memperbaiki kesalahan tersebut.

Namun kita kini, begitu sukar untuk menegur apatah lagi menerima teguran.
Teringat saya kepada satu kata-kata:

“ Ambillah teguran dan nasihat daripada musuh kerana itu bagus dan baik untuk kita”

Mosye Dayan, seorang jeneral yahudi telah menggariskan beberapa kelemahan umat Islam
1     .       Tidak mengkaji sejarah
2     .       Malas
3     .       Perancangan tidak teliti

Musuh sudah menegur dan menggariskan beberapa kelemahan yang wajib diperbaiki, namun kita masih tidak mengendahkan malah terus leka dalam kelemahan dan kemunduran

Wahai ikhwah

Kita menegur bukan kerna kita benci tapi tanda sayang. Bukan kerna kita ingin bergaduh atau mencari-cari kesalahan tetapi mahukan sahabat seislam kita menjadi lebih baik dan hebat di masa akan datang. Wallahualam


*Kita bukan sekadar mengikut nabi pada cara pemakaian, urusan perkahwinan, jambang dan janggut tetapi setiap aspek dalam kehidupan Rasulullah s.a.w. Kerna bagindalah contoh terbaik untuk seluruh umat manusia.

Tiada ulasan: