Ini dalil saya.
Ayuh sejenak menyelusuri dakwah nabi ketika berhadapan
dengan kaum kuffar.
Jikalau kita baca dan kaji ketika nabi mula berdakwah kepada
masyarakat quraish secara terang terangan di atas bukit safa. Antara seruan
nabi
“Aku mengingatkan kamu semua tentang azab yang pedih”
Satu penegasan dari nabi bahawa,ancaman yang bakal diterima
jika mereka tidak beriman.Menimbulkan rasa gentar agar umat tidak terus tertipu
dan diperbodohkan dengan fahaman jahiliyyah nenek moyang mereka.
Itu yang dimaksudkan dengan hikmah.Kita meletakkan sesuatu
pada tempatnya.
Teringat satu kisah, ketika keluarga ammar bin yasir di
seksa.Nabi dan Ali r.a hanya mampu lalu dan mendoakan untuk mereka. Bukan tidak
mahu membantu,namun kemampuan umat islam ketika itu tidak memungkinkan mereka untuk
menghalang kezaliman tersebut.Itu hikmah.
Namun kini,kita digemburkan dengan pelbagai isu dan
kontroversi.Isu kalimah Allah,liberal,sekular dan LGBT,syiah dan sebagainya. Apa
tindakan yang telah kita lakukan? Adakah kita sudah cukup bertegas atau sekadar
bermain dengan istilah,emosi dan ketaksuban.
Kita semua mengakui fakta bahawa islam adalah agama yang
terbesar di dunia.Kita juga mengakui hanya Islam agama yang diterima oleh
Allah.Sebagai seorang yang beriman, kita mesti yakin ajaran Islam yang perlu
kita ikuti dan amalkan adalah sebagaimana yang ditunjukkan oleh Ar-rasul s.a.w dan para
sahabat.Bukan islam yang dicedok dan bukan yang ditafsir mengikut hawa nafsu
sendiri.
Maka kita tahu kekuatan kita sebagai umat islam masa kini. Kita
bukan dibawah dan kita tidak rela agama kita dipijak-pijak oleh kaum kuffar
yang hina. Pendirian untuk berlemah lembut dan bertolak ansur dengan penghinaan
ini bukanlah satu tindakan yang tepat. Malah ini bakal menimbulkan persepsi
bahawa umat islam lemah dan tidak ada jati diri yang kukuh serta mudah
dipermainkan.
Jadi fahamilah wahai pejuang sekalian.
Ketegasan bukan bermaksud kita ganas.Bukan bermaksud kita
ingin bergaduh.Tetapi kita lakukan sedemikian demi mempertahankan prinsip Islam
yang mulia dan demi mempertahankan agama Islam sebagai satu-satunya agama yang
diterima oleh Allah dan agama yang paling mulia di muka bumi ini.
Ingat wahai sahabat.
Nabi telah berjuang sehingga darah memenuhi kasutnya.Khalid
al-walid berperang sehingga badannya dipenuhi parut-parut tusukan pedang
menentang golongan kuffar dan murtad.Uthman dibunuh dan ramai lagi.Mereka semua
berjuang dan mempertaruhkan nyawa demi islam.
Jangan jadikan diri kita sebagai punca jatuhnya islam.jika
mereka melihat lemahnya umat masa kini,pasti mereka sedih dan kecewa dengan
kita. Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan