Isnin, 1 September 2008

Ramadhan dulu vs Kini

Ramadhan dahulu..

Pada 17 RAMADHAN tahun 2 hijrah,seramai 313 orang pejuang muslimin bergerak ke Badr untuk berperang dengan kaum musyrikin yang ingin menghancurkan islam..Mereka memakai pakaian besi yang berat,membawa pedang dan busur yang beratnya lebih berat berbanding senapang masa kini..Dalam keadaan panas yang membakar dan meletihkan,mereka terus berjalan dan berjalan sehingga tiba di Badr.
Setibanya di Badr..alangkah terkejutnya mereka,bilangan kaum musyrikin 3 kali ganda besar berbanding mereka..1000 melawan 313 bermakna purata seorang muslimin perlu menentang 3 musyrikin dalam satu masa..Namun itu tidak menggentarkan hati mereka..
Dalam keadaan berpuasa,mereka berperang dan berperang dengan penuh bersemangat sehingga akhirnya kemenangan menjadi milik kaum muslimin..

vs

Ramadhan kini..
Pada 1 RAMADHAN 1428 hijrah..semua umat Islam mula berpuasa..namun suasana di sekeliling tidak seperti biasa..keadaan yang selalunya riuh rendah,kecoh dan bersemangat namun keadaan tiba-tiba menjadi suram,sunyi,dan kurang bersemangat..
Kelihatan seorang pekerja yang membawa beg kerjanya,ahh..kelihatan seperti tidak bermaya…
Kemudian kelihatan seorang pelajar..badannya sihat,bajunya mewah..namun berjalan lemah dan longlai seperti sudah lama tidak menjamu makanan..
Seorang yang hampir memasuki umur tua,yang selalu kelihatan bersemangat berdiri dan menjerit-jerit agar pelanggan tertarik dan membeli di kedainya namun hari ini terduduk seperti tidak berdaya berdiri,bosan dll..
Aku melihat kepada jam tangan yang aku pakai..
10.30 a.m..alangkah terkejutnya aku..apa yang sudah terjadi kepada semua???
Apakah alasan puasa menjadikan kita begini???

mari sama-sama kita renungkan..adakah kita tergolong di dalam golongan yang lemah ketika berpuasa atau kuat dan bersemangat..renung-renungkan dan fakir-fikirkan..semoga Ramadhan kali ini menjadi yang lebih berbanding tahun-tahun sebelum ini….

Tiada ulasan: