Ahad, 7 Disember 2008

Salam Eid Adha

Pagi yang nyaman..suasana diluar hujan renyai-renyai turun membasahi bumi.Semua bersiap untuk pergi menunaikan solat sunat Aidiladha..terus menaiki kenderaan menuju surau terdekat..
selesai solat,duduk sebentar mendengar khutbah..tertarik dengan isi khutbah..

Kisah pengorbanan Nabi Allah,Ibrahim a.s dan keluarganya..sungguh terharu dan memberi pengajaran terhadap diri ini..

ketabahan,kesabaran dan keyakinan terhadap Allah yang maha berkuasa mengubat rasa derita apabila diperintah untuk berpisah isteri dan anaknya yang tercinta serta terpaksa meninggalkan mereka di tengah padang pasir yang gersang...

ketabahan dan keyakinan Siti hajar terhadap Allah,mencari air untuk membasahi tekak.. berulang alik namun tetap tidak menjumpai..berkat keyakinan terhadap AR-RAZAK(pemberi rezeki),dikurniakan air yang tidak berhenti mengalir sehingga kini..

Diuji sekali lagi oleh Yang Maha Penyayang..diwahyukan agar menyembelih anaknya,Ismail a.s dgn tangannya sendiri.
walaupun baru berjumpa..namun ketaatan pada Allah mengatasi segala-segalanya..
menghadapi ujian dengan penuh redha,tabah,patuh dan yakin pada Allah..
dan akhirnya digantikan dengan sembelihan yang besar..

berfikir sejenak..begitu banyak ujian yang dihadapi dengan penuh perasaan sabar,tabah redha dan tetap yakin dan beriman pada Allah tuhan sekalian alam..
namun bagaimana diri ini??
satu pengajaran untuk semua dan sama-sama kita renung-renungkan..

Tiada ulasan: