Jumaat, 12 Disember 2008

sekadar berkongsi

Alhamdulillah penat merantau di sekitar hall di KLCC..menarik PC fair tahun ini..harga-harga yg ditawarkan agak murah..terkejut melihat.."PC fair" yg akan diadakan bermula 12 disember hingga 14 disember..
tp bukan itu yang nak diceritakan pada kali ini..setelah selesai meng"survey" harga-harga barang disitu..terus memecut bergerak ke masjid KLCC..zohor sudah masuk..bersedia untuk menunaikan solat jumaat..khusyuk duduk mendengar khutbah dan tertarik dgn satu kisah yg diberi...
kisahnya berbunyi begini..

Di sebuah istana,terdapat seorang pelayan yang sedang membawa makanan untuk dihidang
untuk raja..tiba-tiba dia terjatuh disebabkan permaidani yang terlalu tebal..
lantas raja tersebut terus memarahi pelayan tersebut..
kemudian pelayan itu berkata "wahai raja,Sesungguhnya Allah telah berfirman "orang yang menahan marahnya.."
raja itu menjawab"ok..aku menahan marahku"
pelayan menambah lagi "Allah menyambung lagi "dan yang memaafkan orang lain"
raja menjawab lagi "ya..aku maafkan aku"
dan pelayan itu menghabiskan firman Allah yang dibacanya "Dan Allah mencintai orang yang berbuat baik.."
dan akhirnya raja tersebut membebaskan pelayan tersebut dan berkata
"wahai pelayan..aku bebaskan engkau dan ambik 1000 dinar sebagai kerana menyedarkan aku"
[ayat dari surah Ali Imran:134]

"Dewasa kini..semua manusia tidak terlepas dari sifat marah namun yang membezakan kita adalah sejauh mana kita dapat mengawal kemarahan kita" [antara kata2 khatib]

cukup terasa kerana diri ini turut tidak terlepas dari sikap cepat marah..terus mendengar dengan khusyuk dan teringat hadith nabi:

Daripada abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w:"berilah aku wasiat." lalu Rasulullah s.a.w bersabda"jangan marah." lelaki tersebut mengulangi pertanyaan berkali-kali,sabda Rasulullah s.a.w:"jangan marah..

berfikir sejenak..sejauh mana aku dapat tahan marah aku??
masih berusaha menyelesaikan simtom ini..

"bukanlah orang yang gagah itu orang yang kuat bergusti,tetapi yang gagah atau kuat ialah orang yang mampu menahan dirinya ketika marah"
~hadith Ar-rasul

"celaka bagi orang yang tiada sifat marah.dan mulialah bagi orang ada sifat marah tetapi mampu mengawalnya dengan menggunakan akal dan syariat
~imam Ghazali
[kebanyakannya dipetik daripada khutbah yang didengar]
terus berfikir,berusaha,berzikir agar dapat atasi masalah ini.
bagaimana kita??
sama-sama renungkan..

Tiada ulasan: