Jumaat, 5 Jun 2009

bila singa hilang taringnya...

satu kisah...
bagaimana seorang jaguh tinju yang amat hebat dizamannya..ketika itu dia amat disegani dan digeruni..memegang kejuaran dunia dalam tempoh masa yang sangat lama..
namun masa terus berlalu..
ramai peninju-peninju baru masuk..dan semakin hari dia semakin tua..pada satu hari..perlawanan antara beliau dan peninju yang lebih muda..
"15 saat berlalu.."
jaguh itu rebah dan tewas disebabkan "K.O"
sejak hari itu..dia sudah tidak digeruni...

kisah yang amat ringkas,tetapi cuba kita kaitkan dengan keadaan kita masa kini..

suatu masa dahulu..
islam bermula dengan Rasulullah seorang diri berda'wah..hari berlalu hari..da'wah Rasulullah dibantu oleh para sahabat seperti Abu Bakr,Umar Al-khattab,Uthman Affan,Ali Abi Tholib dan lain-lain..
islam semakin berkembang,penganut islam semakin ramai..
masa berlalu..
umat islam berjaya menewaskan 2 kuasa besar ketika itu iaitu Rom dan Parsi..menakluk 2 per 3 dunia..islam amat digeruni..
ilmuan islam menemui pelbagai teori baru..penciptaan kincir air pertama dunia oleh umat islam..
islam semakin digeruni,disegani dan dihormati..

masa terus berlalu..dan pada abad ke-20..
setelah kejatuhan khilafah..islam dihina,diseksa dan lain-lain..
umat islam semakin leka dengan dunia..malas solat,baca al-quran,zikrullah,qiamullail dan lain-lain...
sinar kebangkitan seakan-akan malap..

situasi kini Bagaikan singa yang hilang taringnya..

Tiada ulasan: