Sabtu, 13 Mac 2010

Sambung menulis

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
sudah hampir 3 bulan saya berehat & berhenti menulis di laman ini..Alhamdulillah,dengan NIKMAT dan kurnia yang Allah kurniakan..hari ini saya kembali menulis..

*********
baru-baru ini kita digemparkan tentang 3 wanita di hukum sebat atas kesalahan melukakan hubungan haram dengan lelaki lain..dan berita ini menjadi tajuk khutbah di kebanyakan masjid di seluruh Selangor..
dan hasil daripada hukuman ini,seperti biasa..ada sahaja pihak yg tidak berpuas hati terhadap hukuman ini..dan sebuah akhbar terkenal telah mengkritik dan menghina hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah ini..
antara petikan akhbar tersebut mengatakan bahawa hukuman islam ini sudah lapok..dan turut mengtakan hukuman ini membawa negara ke zaman kegelapan..selain ini,sebuah pertubuhan yang mengaku mereka ISLAM(wallahuallam) turut mengkritik hukuman ini..mereka mengatakan hukuman ini tidak menjaga diskriminasi terhadap kaum hawa..

agak terkejut mendengar berita ini,bukan sahaja kafir tetapi ada sebahagian dari umat Islam sendiri yang turut menghina hukuman yang kita anggap untuk menjaga kesucian Islam itu sendiri..

dalam situasi ini teringat saya sebuah hadith Ar-rasul s.a.w yang cukup popular iaitu...
"Islam datang dalam keadaan DAGANG(asing),dan akan KEMBALI asing,
maka BERUNTUNGLAH orang yang asing(sedikit)"
*video tentang hadith ar-rasul..

zaman sekarang ini apabila seseorang itu mengamalkan Islam,orang akan memandang pelik,sama seperti diawal2 ketika Rasulullah menyampaikan Islam..sedikit sahaja yang benar-benar bangga dengan Islam yang mereka..

maka sama2 kita doakan kita tergolong di dalam golongan yang sedikit yang benar-benar menghayati dan mengamalkan Islam seperti mana yang didoakan oleh Umar Al-Khattab..doakan juga Allah thabatkan hati kita diatas jalan yang benar..Amin
dan disini saya sajikan sebuah video yang menarik..satu contoh di mana,jika patuh pada perintah Allah..Allah pasti akan kurniakan ganjaran..

1 ulasan:

Thaaqhib Mohammed berkata...

selamat menulis lagi..

menulis, bantu kita faham apa yg sbnrnya kita faham