Khamis, 1 Mei 2008

kita dan kerajaan impian

alhamdulillah kembali menulis..jadi ana mulakan post kali ini dgn sepotong ayat Al-Quran yg bermaksud:

"dan ingatlah ketika tuhan mu berkata kpd para malaikat:Sesungguhnya aku hendak menjadikan di bumi ini seorang Khalifah..Berkata mereka:Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merosak di dalamnya dan menumpahkan darah,padahal kami bertasbih dengan memuji engkau dan memuliakan Engkau??
Dia berkata:Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.."
~al-baqarah:30

pada hari ini ramai manusia yang tidak sanggup melihat agama Islam pada masa kini ditindas dan dihina,dan kita sentiasa mengharapkan agar kerajaan impian iaitu daulah islamiyah segera terbina dan mengharapkan agar pemimpin2 negara mengamalkan Islam secara sepenuhnya..namun ramai manusia yang hanya mampu berkata tanpa amal..
Kebanyakan manusia hanya menanti dan mengharap usaha 100% daripada para ulama,ahli fiqh,pemimpin dan org berkuasa di sesuatu negara agar segera membina tanpa ada dalam kesedaran dalam diri mereka untuk turut membantu nenegakkan "kerajaan impian"..
mengikut firman Allah diatas,Allah memberi kepercayaan kepada manusia untuk memimpin di muka bumi ni walaupun para malaikat merupakan hamba Allah yang palin taat..
namun kebanyakan manusia iaitu orang zalim mengkhianati kepercayaan ini dgn melakukankan kerosakan,terus melakukan maksiat,memimpin dgn zalim dan menumpahkan darah walaupun di dalama golongan/puak/bangsa yang sama..

selain itu,ada juga manusia yang menganggap Firman Alllah ini adalah satu bebanan yang terlalu berat untuk mereka..mereka merasakan tidak mampu untuk memikul kepercayaan ini namun Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Tidaklah Allah akan membebani hambanya melainkan mengiukut kemampuan mereka"
~al-baqarah:286

jadi mari kita sama-sama muhasabah dan merenung kembali,adakah kita dikalangan manusia yang bekerja dan bersusah payah untuk membina kerajaan impian..??

atau kita hanya manusia yang sekadar berehat,mengumpulkan angka2 kosong dan menjadi manusia yang tidak berguna yang hanya menanti kebangkitan DAULAH ISLAMIYYAH....??

Tiada ulasan: