Selasa, 27 Mei 2008

solat

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

tiada ucapan yang selayaknya kita ucapkan melainkan ucapan syukur kepada Allah yang Maha Pemurah,kerana tanpa nikmat kurniaan-Nya kita tidak akan mampu untuk hidup dimuka bumi ini..

insyaAllah post pada kali ini adalah mengenai perkara asas bagi setiap muslim namun ramai yang mengambil perkara ini sebagai perkara remeh dan terlepas pandang mengenainya..

APA itu SOLAT.????
Solat satu perbuatan yang dimulai dgn takbiratulihram dan diakhiri dgn salam niat kerana ALLAH.

pada masa kini mungkin pelbagai permasalahan yang berlaku seperti zina,mencuri,rogol banyak terjadi di dunia ini namun apakah punca bagi permasalahan ini...??
punyanya adalah mudah..solat yang tidak terjaga,ini kerana perkara asas yang menjadi tunjang dalam diri seorang muslim telah tiada...
Rasulullah bersabda:
"Solat itu tiang agama..Barangsiapa yang MENDIRIKANNYA maka ia telah MENDIRIKAN AGAMANYA..dan barangsiapa yang MENINGGALKANNYA maka ia telah MERUNTUHKAN AGAMANYA..."
satu dalil yang cukup untuk membuktikan punca segala permasalahan di dunia..
namun bagaimana kita..??
dah khusyuk solat kita..??dah sempurnakah solat kita...??

dan seperti kita tahu dan sepertimana kebanyakan muslim tahu,pahala solat berjemaah lebih banyak berbanding solat bersendiriaan..
namun kenapa kita masih suka mengejar pahala yang sedikit berbanding yang banyak..??

kenapa masih ramai yang berselimut ketika azan subuh dilaungkan..??

kenapa bilangan tiang dimasjid lebih banyak berbanding jemaah di dalam masjid..??

maka mari sama-sama kita renungkankan..pelbagai maanfaat yang blh kta perolehi dan jangan kita sia-siakan peluang ini..



Tiada ulasan: