Sabtu, 2 Ogos 2008

Kita & ISLAM

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Alhamdulillah,sedar tidak sedar,sudah lama saya tidak menulis dihalaman,namun dgn nikmat dan limpah kurnianya,ana dapat kembali menulis.Jadi di kesempatan ni ana mengajak untuk kita sentiasa bersyukur kerana masih dihidupkan oleh Yang Maha Pemurah pada hari ini.Ana jugak mengajak supaya kita benar-benar bersyukur kerana masih dihidupkan dalam keadaan masih mendapat 2 nikmat terbesar iaitu IMAN&ISLAM..
namun satu persoalan timbul....
SEJAUH MANA KITA BENAR-BENAR BERSYUKUR DGN NIKMAT IMAN DAN ISLAM..
jika dilihat waktu kini,ramai remaja,belia,orang tua dan warga emas menganggap ISLAM ini satu cara hidup yang susah,ketinggalan zaman,mengongkong,berat dll..
MEREKA MENYANGKA....
muzik bergenre rock,rap,balada lebih sedap didengar berbanding nasyid Islami
melaksanakan PERATURAN BARAT lebih mudah dilaksanakan berbanding peraturan ISLAM
Menghukum dengan HUKUM BARAT lebih berkesan berbanding HUKUM ISLAM
namun mereka tidak menyedari bahawa agama ini ciptaan YANG MAHA PENCIPTA,agama yang tiada cacat cela..walaupun agama ini tiada kelemahan namun agama ini tidak pernah membebankan fitrah manusia,tiada peraturan yang membebankan manusia..Batas-batas yang ditetapkan tidak menyusahkan malah lebih memudahkan hidup manusia.
sebagai contoh,pengharaman zina oleh islam..batas ini ditetapkan supaya tidak berlaku kes buang anak,anak luar nikah dan pelbagai lagi kes-kes yang kita sentiasa,terlihat di dada akhbar masa kini..
"Wahai orang-orang beriman,masuklah ke dalam agama ISLAM sepenuhnya"
~al-baqarah:208
mari kita renungkan...
sejauh mana kita mengamalkan ISLAM di dalam SELURUH kehidupan kita..??
secara SEBAHAGIAN atau KESELURUHAN..???
SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN!!!!

Tiada ulasan: