Jumaat, 18 Jun 2010

Nafsu yang sentiasa menggoda

Setiap manusia dikurniakan nafsu..
dan secara fitrah..manusia menginginkan sesuatu..itu kerja nafsu
terasa ingin makan,tidur,berehat,berkahwin..
itu kerja nafsu..dan itu fitrah
nafsu amat benci kepada kepayahan
nafsu amat benci kepada keperitan
nafsu amat benci kepada kesakitan
itu nafsu..sememangnya nafsu sentiasa mendorong tuannya bersuka ria,berehat-rehat
bersenang lenang....
namun..tabiat perjuang..adalah letih dan memenatkan
dalam tarbiyah perlukan kesungguhan..kadang kala payah....perlu sakit sedikit..perlu penat sedikit..perlu perit sedikit..

nafsu sentiasa menggoda..
namun kita perlukan tarbiyah untuk membina diri..
2 pertembungan yang berlaku memaksa kita membuat pilihan

Rasulullah sentiasa mengajar para sahabat untuk mengawal nafsu mereka
berpuasa di hari yang panas..bangun berqiam melawan kesedapan tidur..
kerana mereka tahu syurga bukan murah harganya dan tiada tiket percuma...
jadi mereka mendidik nafsu supaya mereka dapat melihat wajah Allah Yang Maha Mulia..

mereka sudah membuat pilihan..bagaimana kita??

"Sesungguhnya Allah telah mengurniakan 2 jalan iaitu jalan ketakwaan dan jalan kefasikan..Beruntunglah bagi mereka yang menyucikan diri..dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya"
(As-Syams)

Tiada ulasan: