Sabtu, 7 Ogos 2010

Persediaan Ramadhan

"Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'aban,dan sampaikanlah kami dengan bulan Ramadhan"

Insyaallah,seluruh dunia sedang menghitung waktu..
madrasah yang agung sedang dinanti oleh semua..cukup agung,penuh kerahmatan,penuh keberkatan..
Berkat..sesuatu perkara yang sikit namun memberi manfaat yang banyak..
seperti contoh..kisah Rasulullah menghidang gandum yang sikit kepada seluruh umat islam..dan semua sahabat kenyang..dan itu dikatakan berkat..
Bulan Ramadhan ini hanya sebulan,namun banyak yang boleh seluruh umat islam dapat..
amalan yang sikit namun pahala digandakan..
ganjaran 1 malam seperti seribu bulan dan pelbagai lagi..

Bulan yang manusia jadikan untuk melakukan perubahan..bulan dimana syaitan dibelenggu..daripada dua musuh di dalam diri kini tinggal hanya satu..nafsu akan mengambil tugas sahbatnya..

namun ape persediaan kita..adakah kita sudah cuba melazimi amalan sejak sebelum ramadhan bermula..adakah kita sudah cuba perbanyakkan amalan sebelum ramadhan supaya kita mampu melakukan lebih banyak amal dibulan Ramadhan..dan paling penting adakah kita sudah bersedia untuk istiqamah amalan sebelum,semasa,dan selepas ramadhan..
itu yang yang perlu kita faham..kita bukan hanya ingin beramal pada bulan ramadhan tetapi istiqomah selepas itu..kita beramal bukan kerana ramadhan tetapi kerana Allah..

Salam Ramadhan Al-mubarak untuk semua..semoga semua amalan kita diberkati dan diterima..

Tiada ulasan: