Sabtu, 28 Ogos 2010

Ramadhan bulan perubahan

salam Ramadhan KAREEM...

pantas masa berlalu meninggalkan kita...sedar2 sudah menghampiri fasa ke-3 iaitu fasa terakhir..pelbagai gelagat dan pelbagai ragam kali ini..ada yang sibuk membeli belah,ada yang masih istiqomah beribadah,ada yang buat itu..ada yang buat ini..
sambil jalan-jalan,tiba-tiba teringat satu kata2..

"Jika kita tidak mampu berubah di bulan Ramadhan,maka sukar(atau mgkn tak boleh)
untuk berubah dibulan lain"

waktu berjalan..terkesima sebentar..rasanya aku dah berubah jadi baik blom..
"Ramadhan Sharul Taghyir" atau bermaksud Ramadhan bulan perubahan..
mungkin ramai yang biasa dengar dengan ungkapan sehingga sudah lali..namun cuba kita muhasabah..sejauh mana kita menghayati ungkapan ini..

hadith ar-Rasul yang cukup terkenal
"celakalah bagi org yang selepas Ramadhan,mereka tidak peroleh pengampunan dari Allah"

hadith yang cukup mudah namun mendalam maksudnya..
ya ikhwah..Ramadhan hampir tiba di penghujung..fasa rahmat dan keampunan sudah berlalu..tinggal fasa terakhir..pelepasan drpd api neraka..malam yang lebih baik drpd 1000 bulan juga disediakan...maka sama2 kita berusaha tingkatkan kualiti dan kuantiti amalan kita di fasa terakhir ini..

RAMADHAN KAREEM..

Tiada ulasan: