Isnin, 15 November 2010

self patience

bersawang sudah blog ini..sudah sekian lama tidak menulis..alhmadulillah kini kembali menulis

berikutan dgn tajuk diatas,suka saya membawa satu kisah..

suatu hari si ayah baru pulang dari kerja..
tiba-tiba anaknya datang sambil berlari dan berkata "I am hardworking person"
si ayah melayan anaknya dengan penuh tanda tanya..
kemudian si ayah pergi berjumpa dgn si ibu dan bertanya...ape sebenarnya yg telah terjadi..
si ibu pun bercerita...
ibu mengatakan..selepas makan tengahari Romeo(si anak) ingin membantu saya membasuh pinggan..
akibat terlalu pendek..Romeo terpaksa membawa keluar pinggan2 keluar dari sinki dan mengambil getah paip dan menyambungnya di paip sinki..
kemudian Romeo membasuh pinggan di atas lantai..sehingga banjir lantai di dapur..
si ibu terkejut..namun dengan penuh kesabaran dan kelembutan serta kasih sayang..si ibu menegur & menunjukkan Romeo cara membasuh pinggan dgn btol..ibu berkata kepada Romeo.."you really a hardworking person"
setelah mendengar cerita itu..barulah si ayah faham..

*********
jika dilihat bagaimana kesabaran si ibu melihat anaknya yg berniat ingin membantunya..tetapi dgn cara yg salah..namun si ibu tidak memarahi si anak sebaliknya menegur dgn penuh kelembutan dan kasih sayang..


cuba bayangkan jika si ibu terus memarahi anaknya..
apakah perasaan si anak??
adakah si anak akan membantu si ibu lagi dimasa akan datang??

lihat betapa besarnya kesan jika tidak bersabar..

Hadith nabi yg sangat popular
"sabar itu separuh daripada iman."

maka pesanan untuk semua..khususnya para duat..
penting untuk kita bersabar..terutama skali menghadapi liku-liku perjalanan hidup yg penuh cabaran..penuh kepenatan dan dugaan..
penting untuk kita sentiasa kembali pada Allah..

Tiada ulasan: