Jumaat, 31 Disember 2010

susah tapi mengajar


salam..
sungguh indah dan hebat ciptaan Ilahi..
satu pagi yang indah..terdengar mengenai kisah rama-rama..kenapa rama-rama perlu bersusah payah untuk keluar dari kepompong..mgkn itu punca rama-rama hidup tidak lama..
seorang saintis cube mengkaji..apabila sudah sampai masa..dia memotong kepompong rama-rama untuk memudahkan haiwan itu keluar..namun ape yg terjadi..rama-rama itu hanya hidup lima minit..dan mungkin kurang..kerana kepaknya tidak cukup kuat untuk membantu ia terus hidup..
rupa-rupanya kesusahan keluar dari kepompong itu lah yang membantu rama-rama untuk menguatkan kepaknya..

begitu juga kehidupan dan tarbiyyah..setiap hari kita melalui pelbagai dugaan dan halangan..dan kadang-kadang kita malas dan tidak mahu menghadapinya..kita lebih suka mencari jalan mudah..kita lebih sukakan keseronokkan dunia..dan kesenangan di alam yang sementara.
..
namun tanpa kita sedar..kesusahan itu lah yang mengajar manusia..bagaimana kesusahan para sahabat di zaman Ar-rasul...dipulau,diseksa,dibunuh,dirampas harata..namun kesusahan itu mengajar dan mendidik mereka menjadi satu umat yang terbaik sepanjang zaman..seperti hadith nabi.."Umat yang terbaik adalah pada zaman ku.."
tiada istilah manja di dalam tarbiyyah..kerana orang yang manja tidak akan memperoleh apa-apa..malah akan ketinggalan jauh berbanding orang lain..dan perlu kita ingat..syurga itu mahal harganya..tidak boleh diperolehi dengan hanya bergoyang kaki..namun perlu diuji terlebih dahulu..kesusahan itu sentisa mengajar..mengajar untuk lebih asbar,tabah dan bersikap positif..

teringat kata seorg sahabt seperjuangan.."kita belajar dari pengalaman..kalo x de pengalaman kita nk belajar dari ape.."
kesusahan menjadikan seseorg itu menjadi insan yang lebih baik..
satu hadith nabi yg bermaksud..
"seluruh bani Adam melakukan dosa,dan sebaik-baik orang yang melakukan dosa adalah org yang bertaubat"
tiada masalah jika kita melakukan kesilapn..namun kita perlu belajar dari kesilapan..kerana seorang muslim tidak akan masuk kedalam lubang yang sama 2 kali..

1 ulasan:

Hamba Yg Hina: berkata...

"Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian"

-Allah akn bayar kesusahan yg kita lalui dgn kesenangan di dunia maupun di akhirat(SYURGA).