Rabu, 14 Disember 2011

dunia sebenar

ini saat yang dinantikan si dia..
7 tahun berlindung di sebalik pagar..persiapkan diri..kini dia bakal keluar dari pagar tersebut
selama ini dia hanya mendengar kabar tentang realiti sebenar di luar pagar melalui angin-angin yang berdesir masuk ke dalam pagar..hanya terintai-intai di balik palang besi yang sudah berkarat yg sudah berjasa lebih dari 7 tahun kepada tempat tersebut..

kini langkahan ke dunia sebenar bakal dia dimulakan..teragak-agak melangkah..lambat langkahan dilakukan..berkali-kali tolehan kebelakang dilakukan tanda keberatan untuk meninggalkan bumi yang banyak mengajar si dia tentang erti kejayaan,kegagalan..erti sahabat & ukhuwah...erti islam,dunia & akhirat..dan erti sebenar kehidupan..

kini cabaran hidup di dunia sebenar bermula..apa yang akan terjadi..??? dia sendiri pun tidak tahu..
yang pasti kenangan di dalam sebuah gua tidak akan dilupa..

dalam hati..dia berbicara sendiri
"terima kasih semua terutama murabbi2 yg sudah bersusah payah menjadikan aku insan yang sebegini rupa..walaupun tidak sesempurna mana..namun nikmat kefahaman & pengalaman merupakn antara perisai untuk dunia luar..kawan2 dan semua"

ROAD TRIP TO REAL WORLD BEGIN

1 ulasan:

nh berkata...

sedih ah.... jangan lupekan ana tau?