Jumaat, 23 Disember 2011

muslim beragenda

Rindu untuk kembali menulis dilaman ini..mungkin tidak terlalu jauh senggang masa diantara tulisan yg terdahulu dan yang terbaru...namun,di sebalik kekosong ini..kesempatan diambil untuk berkongsi sesuatu..
teringat hadith Ar-rasul yg bermaksud:
"Dua nikmat yang manusia sering lupakan iaitu nikmat sihat dan masa kosong"
jadi apa salahnya mengambil sedikit masa untuk menulis..

buku-buku lama diselak..hampir koyak dan sudah lusuh..namun sarat dengan mutiara-mutiara berharga..
sambil membelek..tiba-tiba trjumpa satu kata-kata yg sangat menarik
"Cukuplah seseorang itu,jelaslah keaibannya bagi seseorang lelaki jika dia hanya suka duduk dirumah"
~imam Al-ghazali

menarik kata-kata ini..
melihatkan bagaimana jelas keaiban bagi seseorang lelaki yang tidak sanggup berkorban dan gemar berehat-rehat..
jadi sebagai seorang muslim..apa tindakan kita..
mungkin pada saat tulisan ini ditulis..adik2 yang masih bersekolah..sudah hampir tamat cuti mereka..manakala bagi abg2 yg baru selesai SPM..saat ini merupakan permulaan bagi cuti yang sangat panjang..mgkn sesuai untuk kita muhasabah dan merancang cuti kita supaya lebih beragenda..

antara satu perkara yag sering dilakukan oleh semua orang ialah perkara harus seperti makan,minum,tido,facebook,hiburan dan lain-lain..tanpa kita sedari,syaitan meyusun strategi dengan menyibukkan manusia dengan perkara-perkara harus yang melampau..
tahukah anda..perkara harus yang melampau boleh melemahkan jiwa dan semangat
kita..
jadi kita perlu sedar dan mula melakukan sesuatu....

teringat pesanan seorang sahabat...
"menjaga amal fardhi dan menunaikan tanggungjawab sebagai org yang mengikut tarbiah sudah merangkumi hampir kesemua agenda hidup..'

jadi sama-sama bermuhasabah dan mula berfikir..
bak kata pepatah arab..
"kesibukan kamu bergantung kepada apa yang kamu agendakan"

jadi teruskan berfikir..untuk diri dan umat

Tiada ulasan: