Ahad, 1 Januari 2012

tarbiah itu hasil

saat nukilan ini di tulis..mgkn ramai adik-adik sedang sibuk bersiap sedia utk kembali ke sekolah..ada juga yg mgkn baru pulang dari bercuti..atau pekerja2 sedang bersiap sedia untuk memulakan kerja tidak lama lagi..

di tahun 2012,mgkn ramai yang meletakkan harapan untuk menjadi lebih baik..
meletakkan target yg jelas dan cita-cita yang tinggi untuk berubah..
namun apa guna harapan dan cita-cita yg tidak disusulkan dengan perbuatan??

teringat kata-kata sheikh abdul halim mahmud..seorang tokoh ikhwan yg hebat..
beliau beranggapan..jika blh rukun usrah perlu ditambah lagi satu perkara iaitu إنتاج
(intaj) yg bermaksud hasil..
brmaksud perlunya bagi seseorg yang melalui tarbiah membuahkan hasil dari sudut fikrah & amal
rugi bg seorang yg melalui sesebuah tarbiah tanpa ada perkembangan..
dan hasil ini blh dicernakan melalui amalan dan perbuatan kita..

sambil membaca tulisan ini..cuba muhasabah..apa hasil kita yg sudah kita dpt setelah melalui tarbiah sepanjang hidup kita??

sebanyak mana kita mempratikkan apa yg kita belajar??
sejauh mana kemahuan dan keinginan kita terhadap tarbiah dan perkara baik??
bagaimana akhlak kita skrg??adakah selari dgn apa ilmu dan teori yg kita perolehi??

ya ikhwah..!!
ayuh mulakan langkah..gerakkan pemikiran..mulakan perubahan
bak kata pepatah.."seribu langkah tidak akan trjadi jika tidak dimulakan dengan satu langkah yg kecil"
dan teringat kata-kata seorang murabbi,dia berpesan
"mujahadah tidak akan terjadi jika kita sendiri tidak memulakan usaha untuk bermujahadah.."

mungkin ramai yg trfikir apa cara trbaik atau langkah yg perlu diambil utk berubah..
disini..penulis menyediak satu link post yg bg penulis begitu menarik dan bermanfaat bagi sesiapa yg benar2 menghayati..


tekan di link tersebut..semoga lahir lbh ramai mukmin yg berkualiti untuk memartabatkan ISLAM di muka bumi ini..
salam..semoga brmanfaat

Tiada ulasan: